Sistem Pemantauan Darah Negeri Sabah Versi 5 (SBHbloodline V5)
Sejarah versi: versi 1.0 (2012) , 4.1 (2013) dan 5.0 (2015)
Bagi memudahkan penyelarasan bekalan darah di seluruh Unit Tabung Darah (UTD) negeri Sabah, sebuah jawatankuasa SBHbloodline dibentuk dan tercetuslah idea bagi mewujudkan sebuah sistem dalam talian bagi tujuan tersebut.
Sistem ini menggunakan infrastruktur sedia ada yang boleh diakses menggunakan internet. Dengan itu, Unit Teknologi Maklumat Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS)telah diberi kepercayaan untuk menerajui pembangunan bagi merealisasikan idea Jawatankuasa tersebut.
Sistem ini dibangunkan secara in-house, dihoskan dan diselenggara sendiri di HWKKS. Pada mulanya, sistem ini menggunakan server berkuasa rendah dan telah dimigrasikan ke server baru.
Sistem ini telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) pada 23 Mei 2012. Ia telah mendapat perhatian Pusat Darah Negara (PDN)
Sistem ini menyediakan platform kepada 24 UTD di Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.
Versi 5, sistem ini menyediakan ciri-ciri seperti mobile device compatible view, modul baru Rare Blood Group Registry, FFP dan Cryprecipitates serta konsep perluasan ke Sarawak
Jawatankuasa SBHbloodline akan sentiasa memperbaiki sistem ini dari semasa ke semasa demi memberikan impak perkhidmatan kepada negeri Sabah khususnya